FAQ

Apakah polisi Takaful kenderaan Persendirian komprehensif?

Sijil ini memberikan perlindungan takaful terhadap tuntutan dari pihak lain bagi kecederaan atau kematian,kerosakan kepada harta benda pihak lain,dan kemalangan yang bukan disengajakan atau kerosakan akibat kebakaran atau kecurian kenderaan anda.

Bagaimanakah cara memperbaharui Insurans/Takaful dalam laman web Kereta2u ?

Langkah 1 – Pilih butang Kereta,Motosikal ataupun Roadtax Sahaja.

Langkah 2 – Isikan Maklumat yang diminta

Langkah 3 – Buat Bayaran dan muat turun polisi

Sekiranya berpuas hati untuk memperbaharui insurans,proses pembayaran hanya dilakukan dalam talian,kami akan menghantar Cover Note perlindungan dan Road Tax kepada anda.

Sebarang masalah sila hubungi talian 01151104903

Bolehkah saya memperbaharui Insurans/Takaful bersama Road tax?

Boleh. Pilih pilihan Road Tax anda sebelum memproses pembayaran.

Bagaimanakah cara saya menerima sebut harga saya?

Anda akan menerima sebut harga serta merta melalui kereta2u atau melalui e-mel dan WhatsApp.

Insurans/Takaful apa yang boleh saya dapatkan?

Etiqa Takaful

Apa itu Takaful?

Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri-ciri patuh Syariah Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.

Apakah perbezaan Insurans dan Takaful?

Takaful

  1. Takaful adalah perniagaan yang berlandaskan hukum Syariah dan harus bagi umat Islam serta terbuka kepada bukan Islam.
  2. Menggunakan konsep derma dimana dana sumbangan setiap peserta Takaful akan digunakan apabila seseorang ahli ditimpa musibah.
  3. Wang pemegang takaful hanya boleh dilaburkan dalam pelaburan patuh Shariah sahaja
  4. Tertakluk kepada undang-undang Syariah dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Insurans

  1. Perniagaan Insurans mengandungi unsur Riba,Maisir dan Gharar yang telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
  2. Menggunakan konsep jual beli dimana pembeli insurans akan ditanggung oleh syarikat insurans sepenuhnya.
  3. Premium yang disumbang pemegang insurans boleh dilabur dalam semua bentuk pelaburan, tidak semestinya patuh Shariah
  4. Tertakluk kepada undang-undang yang diwartakan kerajaan sahaja dan Akta Isurans 1996 (Pindaan 2012)
Apakah polisi Takaful kenderaan Persendirian komprehensif?

Sijil ini memberikan perlindungan takaful terhadap tuntutan dari pihak lain bagi kecederaan atau kematian,kerosakan kepada harta benda pihak lain,dan kemalangan yang bukan disengajakan atau kerosakan akibat kebakaran atau kecurian kenderaan anda.

Apakah perlindungan Insurans/Takaful yang boleh saya dapatkan?
  1. PerlindunganTakaful Pihak Pertama atau Komprehensif
  2. Takaful Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
  3. Takaful Pihak Ketiga

 Perlindungan Tambahan

  1.  Takaful Cash Care PA
  2.  Takaful Mega PA
  3.  Takaful Flexi PA
  4.  Takaful RiderCare PA
  5.  Takaful Pemandu & Penumpang Kereta Persendirian
Apa perkhidmatan selepas jualan yang disediakan?

Perkhidmatan Bantuan Claim dan Towing serta notis pembaharuan sebut harga tamat.

Bolehkah saya membatalkan insurans dan mendapatkan bayaran balik?

Terdapat 2 cara untuk proses membatalkan insurans. Pertama, pembatalan insurans sebelum memperharui Road Tax akan diproses melalui pemindahan dalam talian dengan mengambil masa 3 hari bekerja. Kedua, pembatalan setelah Road Tax yang diperbaharui hanya dapat diproses di HQ insurans, akan memerlukan masa lebih kurang 1 bulan untuk proses bayaran balik. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut. Bagi pembayaran kad kredit 2.5% dari jumlah bayaran balik akan ditolak sebagai bayaran proses pembatalan.

Sekiranya saya menemui kesilapan dalam Cover Note?

Untuk membuat sebarang perubahan setelah memperbaharui Road Tax, kami hanya boleh meneruskan ke HQ untuk mendapatkan endorsement. Prosesnya akan mengambil masa 7-14 hari bekerja, surat endorsement akan dihantar kepada pelangga apabila selesai.

Berapa lama saya akan menerima Road Tax?
  • Klang Valley 1-2 hari bekerja.
  • Outstation 3-5 hari bekerja
  • * Dalam Tempoh PKP, Penghantaran mungkin mengambil masa lebih daripada seminggu.Anda boleh membawa bersama salinan resit pembayaran sebagai bukti pembaharuan roadtax.

*Langkah yang lebih baik adalah dengan membuat pembaharuan Insurans dan Roadtax lebih awal daripada tarikh tamat tempoh.

Bagaimana Untuk saya menyemak status bayaran?

Kami akan menghantar resit pembayaran kepada anda melalui e-mel atau WhatsApp setelah menerima pembayaran

Berapakah caj penghantaran?

Percuma untuk penghantaran selepas pembelian insurans kereta dan motor, serta Roadtax kereta sahaja.

Pembaharuan & Penghantaran Roadtax motosikal tidak disediakan

Bagi pembaharuan Roadtax sahaja caj penghantaran adalah RM30 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM40 untuk Sabah/Sarawak.

Bagaimana saya boleh menyemak status penghantaran saya?

Menyemak tracking link yang kami hantar dari WhatsApp.

Apa yang digunakan untuk menghantar Road Tax saya?

Kami menggunakan MYEG,GDEX, CITY LINK dan J&T Express untuk penghantaran

Apakah kaedah pembayaran yang ada?
  1. Kad Debit/Kredit
  2. Maybank2u
  3. EPP
  4. Pemindahan dalam talian FPX
Bilakah saya boleh menghubungi untuk mendapatkan bantuan?

Menghubungi pejabat kereta2u pada:
Isnin – Jumaat: 9am hingga 6pm
Sabtu – Ahad: 9am hingga 3pm

Kecuali Cuti Umum

 Menghubungi talian Bantuan Etiqa pada:
Towing : 24jam Isnin – Ahad
Kemalangan : 24jam Isnin – Ahad

Bantuan lain : 24jam Isnin – Ahad

Bagaimana saya boleh mengumpul mata ganjaran?

Bagi setiap nilai RM10 bersamaan dengan 1 mata ganjaran. Anda boleh mengumpul mata setelah mendaftar di laman web kereta2u. Anda juga boleh mendapat mata apabila pengguna lain membeli menggunakan kod nama anda. Penebusan mata ganjaran adalah tertakluk kepada promosi-promosi semasa.

Bagaimana untuk saya mendaftar sebagai Wakil/Ejen Kereta2u?

Pendaftaran Wakil/Ejen kereta2u hanya terbuka kepada Wakil/Ejen Insurans/Takaful yang mewakili syarikat Insurans/Takaful selain daripada Etiqa Takaful. Wakil Jualan kenderaan baru dan Terpakai juga boleh mendaftar sebagai Wakil/Ejen Kereta2u. Pendaftaran hanya perlu dilakukan dengan mengisi maklumat yang dikehendaki. Wakil berdaftar Kereta2u boleh log masuk pada bila-bila masa untuk mendapatkan sebutharga dan membuat pembaharuan polisi,seterusnya mendapat komisen dari setiap jualan.

Tentang Kami

Kereta2u.com.my merupakan Laman web milik GRAND BILLION CONSULTANCY ( No. Daftar Perniagaan 002468813-P).

Senarai Laman

Tentang Kami

Terma & Syarat

Polisi & Privasi

Muat Turun Info

Hubungi Kami

Senarai Bengkel Kereta

FAQ

Info Syarikat

 enquiry@kereta2u.com.my

 011-5110 4903

2, Jalan Solaris Mont Kiara,
L-07-01, Level 7, Block L,
Solaris Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.